Perjumpaan bersama Pengerusi Panel Penasihat NADI Selangor (PPPN) bagi Parlimen Tanjong Karang, En. Mohd Fuadi bin Sharif telah diadakan bersama petugas NADI Sungai Sireh dan NADI Permatang serta wakil Ahli Jawatankuasa (AJK). Perjumpaan ini berlangsung pada 21 Januari 2026 (Rabu) dari jam 10.30 pagi hingga 11.45 pagi bertempat di NADI Sungai Sireh, Tanjong Karang bagi membincangkan perkembangan serta perancangan program NADI di kawasan setempat.



