PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

RANCAK MADANI BINGKAS FASA 2 DUN PERMATANG

Pada 24 Januari 2026, NADI Permatang telah menyertai program RANCAK MADANI BINGKAS Fasa 2 DUN Permatang dengan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan kepada para pengunjung dan penerima manfaat program.

Selain itu, NADI Permatang turut mengadakan sesi penerangan berkaitan perkhidmatan dan inisiatif NADI bagi memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai kemudahan digital, latihan ICT serta program komuniti yang ditawarkan.

Program ini telah berlangsung di Dewan Biru Muda, Pusat Khidmat DUN Permatang dan mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat.

Berita Berkaitan