Program Usahawan sempena Bazar Raya NADI Permatang 2026 telah berlangsung pada 14 Mac 2026 (Sabtu) dengan jayanya. Pelbagai jualan menarik telah ditawarkan kepada pengunjung seperti daging segar, ketupat palas, serunding dan sambal goreng, kerepek dan rempeyek, kuih raya homemade serta minuman kordial. Selain itu, turut dijual pakaian seperti baju Melayu preloved, baju raya wanita, tudung serta aksesori seperti kerongsang dan sampul duit raya. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat serta berjaya membantu usahawan kecil mempromosikan dan menjual produk mereka.



