Bazaar Raya NADI Permatang turut diadakan aktiviti menarik iaitu pertandingan mewarna sampul duit raya pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi. Pertandingan ini melibatkan dua kategori umur iaitu 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun, serta mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada kanak-kanak.



